CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, December 14, 2008

Mahasiswa Berpolitik ???

Kerajaan disarankan agar membenarkan mahasiswa menganggotai parti politik dan aktif dengan politik walaupun ianya dihalang oleh Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU). Akta tersebut akan dibacakan kali kedua di Dewan Rakyat pada Ogos ini. Pihak kerajaan dinasihati agar tidak bimbang dengan perkara terbabit kerana tindakan itu akan mempercepatkan lagi kematangan sahsiah mahasiswa di samping dapat membawa perkembangan pembanggunan politik dengan baik.

Timbalan Menteri Pembangunan, Usahawan dan Koperasi, Datuk Saifuddin Abdullah, berpendapat keputusan membenarkan pemimpin poitik memasuki universiti untuk menyampaikan ceramah adalah keputusan bijak disamping mengharapkan mahasiswa turut dibenarkan terlibat dengan politik. "Larangan mahasiswa menganggotai parti politik berlawanan dengan prinsip pilihan raya umum apabila mahasiswa yang layak mengundi akan memilih parti politik tertentu. Saya bersetuju jika mahasiswa dilarang memegang apa-apa jawatan dalam parti politik, tetapi benarkan menganggotai parti politik pilihan mereka. Saya tidak mahu kerajaan terus digelar 'double-standard' atau tidak adil kerana mahasiswa tidak dibenar menganggotai parti politik sebaliknya mahasiswa di luar negara diberikan kebebasan itu," katanya. –Malaysia Today

0 comments: